Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Debat Ala Parlimen: pegawai perlu mahir, matang berhujah

5:32pm 18/05/2017 Leolerry Lajius 73 views Tempatan

Antara calon yang menghadiri PAC di Politeknik Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan memerlukan Pegawai yang mahir dan sentiasa matang dalam menyampaikan hujah.​

Menurut Panel Penilai, Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Penerangan S41, Taib Ubah, debat ala Parlimen digunakan untuk melahirkan pegawai yang bukan sahaja matang dalam berhujah tetapi juga bijak mematahkan hujah dengan idea yang bernas.

Jelasnya, calon-calon harus melepasi syarat-syarat seperti yang dimaklum oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, iaitu berkebolehan dari segi pengucapan awam, mahir dalam media sosial serta mempunyai kepimpinan untuk mengawal kumpulan dan organisasi di kemudian nanti.

“Kami turut memilih pegawai yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa, tidak hanya bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga bahasa Cina dan India ataupun bahasa etnik masing-masing.

“Selain Debat Ala Parlimen, aktiviti utama PAC adalah Ujian Personaliti, Daya Penyelesaian Masalah, Perbincangan Dalam Kumpulan dan Pengucapan Awam,”katanya ketika ditemui pada sesi PAC yang berlangsung di Politeknik Kota Kinabalu, pada Selasa​.

Mengulas lanjut katanya, sekurang-kurangnya Pegawai Penerangan itu mempunyai kemahiran dari segi berdebat dan boleh memberi idea-idea yang bernas kerana berdebat bukan sahaja kemahiran dari segi komunikasi tetapi juga kemahiran berfikir di luar kotak.

Dalam pada itu, menurut panel kedua, Ariah Judah,  Pegawai Penerangan perlu bijak menghurai dengan bahasa dan contoh yang sesuai.

“Kita juga perlu menjaga tatatertib ketika bercakap, agar dapat memujuk orang ramai dan memasarkan maklumat supaya masyarakat faham dan yakin dengan apa yang disampaikan serta paling penting menghayati dasar-dasar kerajaan.

“Selain daripada itu, hujah-hujah yang diberi pula haruslah relevan dan terkini serta signifikan tanpa perlu memburuk-burukkan pihak lain yang menunjukkan pemahaman kita terhadap sesuatu isu,” jelasnya.

Menurut Ariah, kami ingin melihat cara mereka berpidato dan berbincang samada secara individu ataupun secara berkumpulan, bijak seimbangkan emosi, tidak mudah melatah dan marah untuk memastikan mereka mampu kendalikan emosi sebelum memberi taklimat kepada orang lain.

“Kita hidup dalam malaysia, maka maklumat yang kita hendak sampaikan untuk orang tempatan kerana ramai masyarakat di pinggir bandar tidak begitu memahami dasar-dasar kerajaan tetapi mempunyai semangat patriotik yang tinggi,”kongsinya.

Tambahnya, oleh sebab itulah kita kena pupuk semangat patriotik mereka supaya faham tentang dasar kerajaan dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang disampaikan di media sosial.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh panel ketiga, Nadzerah Abdullah dengan berharap agar calon-calon yang hadir mempunyai semangat persaingan yang tinggi dan memahami dasar-dasa r kerajaan.

“Pemahaman dan keupayaan dalam bahasa Inggeris juga harus seiring dengan unsur-unsur semangat patriotisme dan kebolehan dalam media sosial,”katanya.

91 orang calon dari seluruh Sabah hadir untuk Program Assessment Centre (PAC) yang diwajibkan bermula tahun 2011 kepada pegawai-pegawai sebelum dipanggil sesi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). /  PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan