Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Debaran tunggu nasib empat bayi kembar

SEORANG daripada bayi kembar lima itu yang masih dirawat di hospital.
SEORANG daripada bayi kembar lima itu yang masih dirawat di hospital.

Shandong: Sepasang suami isteri yang menyambut kelahiran anak kembar lima – empat perempuan dan seorang lelaki – kini cemas menanti keadaan empat bayi mereka yang bertarung nyawa di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini.

Keadaan bayi yang dilahirkan Jumaat lalu itu dilaporkan tenat selepas semuanya dilahirkan kurang berat, dari 0.5 hingga 1.13 kilogram.

Malangnya sorang bayi perempuan yang paling kecil di antara semua bayi itu, meninggal dunia .

Bagaimanapun, keluarga itu masih berharap empat yang lain akan selamat.

Bapa bayi yang hanya sempat melihat sepintas lalu bayinya memberitahu media: “Sebaik dilahirkan mereka dibawa ke unit rawatan rapi.”

Pengarah wad bersalin di hospital itu, Jiang Wen berkata, ini kali pertama dia menyambut kelahiran bayi kembar lima sepanjang 23 tahun menjadi doktor. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan