Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK tingkatkan usaha menjaga kebersihan

4:26pm 04/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Isu Semasa,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU- Sebuah Jawatankuasa Kawalan Wabak di peringkat Bandaraya Kota Kinabalu telah diwujudkan berikutan kes virus Zika di Taman Public Jaya, Likas, baru-baru ini.
Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, jawatankuasa berkenaan melibatkan tindakan bersepadu  DBKK bersama dengan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah aktiviti fogging dan lawatan ke setiap rumah untuk memberikan nasihat penjagaan kebersihan  di kawasan terbabit.

Selain itu, DBKK juga akan mempertingkatkan kerja pembersihan sampah, perparitan dan ‘open space’. Manakala kebersihan kawasan tapak pembinaan juga akan dipantau dari masa ke masa.

Tegasnya, orang ramai yang didapati mengotorkan kawasan persekitaran akan dikompaun tidak melebihi RM500 di bawah Undang-undang Kecil Anti Sampah Sarap.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk membersihkan sekeliling rumah dari sebarang sampah atau bekas yang berpotensi menakung air seperti bekas pembungkus makanan, tin makanan/minuman, semua jenis botol plastik/kaca, pasu bunga dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan penduduk untuk memastikan kawasan dalam rumah juga adalah bersih dan disusun kemas. Sebarang takungan air seperti mangkuk tandas, sinki, tangki air hendaklah dipastikan bertutup dan tidak dimasuki nyamuk. Tong-tong sampah mestilah sentiasa bertutup dan tidak menakung air.

Orang ramai boleh melaporkan kepada DBKK sekiranya ada masalah kutipan sampah, parit tersumbat atau jika ada kawasan rumah dalam kejiranan yang kotor, tidak terurus serta tidak berpenghuni. Aduan boleh disalurkan ditalian hotline DBKK 010-2222000 (WhatsApp) atau 088-210011 (masa pejabat).-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan