Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK tiada kuasa haramkan penjualan ‘Vape’

Datuk Abidin ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.
Datuk Abidin ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Sebanyak 27 lesen telah diluluskan bagi peniaga Vape di sekitar Kota kinabalu.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir arahan untuk menghalang peniaga vape ini meneruskan operasi perniagaan mereka adalah bergantung kepada dasar kerajaan.

“Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tidak mempunyai hak untuk mengharamkan penjualan Vape kerana ia bergantung kepada dasar yang ditentukan oleh kerajaan,”katanya ketika sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 PUSPANITA Cawangan Bandaraya di Dewan Puspa, Centre Point pagi tadi.

Ditanya mengenai maklum balas masyarakat mengenai pelaksanaan Sistem Kupon Letak Kereta, beliau berkata masyarakat memberikan maklum balas yang positif mengenai pelaksanaan sistem tersebut.

“Pelaksanaan sistem ini mendapat maklum balas yang positif dari masyarakat kerana ia lebih sistematik dan walaupun terdapat bantahan dari segelintir masyarakat namun ia cuma dari golongan minoriti,” katanya. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan