Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK terima tajaan RM 50,000 daripada Yes

Yeo (barisan hadapan, kanan) menerima cek daripada Yeoh (empat dari kiri). Turut kelihatan, 15 orang peserta Unduk Ngadau dan lima orang peserta akhir Sugandoi peringkat Bandaraya Kota Kinabalu
Yeo (barisan hadapan, kanan) menerima cek daripada Yeoh (empat dari kiri). Turut kelihatan, 15 orang peserta Unduk Ngadau dan lima orang peserta akhir Sugandoi peringkat Bandaraya Kota Kinabalu

KOTA KINABALU- Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima tajaan sejumlah RM 50,000 daripada Yes.

Yes merupakan sebuah jenama perkhidmatan internet mudah alih 4G di bawah YTL Communications yang diketuai Pengarah Eksekutif syarikat itu, Dato’ Yeoh Soo Keng menyampaikan tajaan tersebut di bilik mesyuarat DBKK, disini, hari ini.

Ia bertujuan untuk menaja karnival sempena Pesta Kaamatan anjuran DBKK yang berlansung selama dua hari, bermula hari ini sehingga esok di Padang Merdeka.

Hadir sama, Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai, 15 orang perserta akhir Unduk Ngadau 2016 dan lima orang peserta akhir Pertandingan Sugandoi peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada tahun ini, terdapat tambahan satu kategori baru iaitu “Miss Yes 2016” yang ditaja sepenuhnya oleh Yes. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan