Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK tandatangani MOU bersama JICA

Datuk Abidin bersama Shinji Urabayashi ketika menandatangani MOU tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.
Datuk Abidin bersama Shinji Urabayashi ketika menandatangani MOU tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.

 

KOTA KINABALU: Dewan bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Japan International Coorperation Angency (JICA) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) berkenaan penambahbaikkan sistem pengurusan sisa bandaraya di Bangunan DBKK petang tadi.

Kontrak selama tiga tahun antara kedua-dua pihak ini bertujuan untuk memperbaiki sistem pengurusan sisa dan memperkenalkan langkah untuk menguruskan dan mengumpulkan sisa domestik di bandaraya ini.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir, kontrak yang akan dilaksanakan oleh Association Conference of Earth Environment from Akita (CEEA) itu adalah amat baik dalam usaha meningkatkan pemahaman berkaitan dengan pengurusan sisa buangan di sekitar bandaraya.

“Memastikan kebersihan di kawasan bandaraya terutama sekali kawasan  pantai yang terdapat di sekitar kota kinabalu bukan mudah dan ini merupakan tugas yang amat mencabar namun saya yakin dengan adanya persefahaman yang ditandatangani hari ini, tugas ini pasti akan membuahkan hasil yang memberangsangkan,”katanya.

Persefahaman ini bukan merupakan jalinan kerjasama pertama yang dibuat olej pihak JICA di Sabah kerana sebelum ini telah terlibat dengan beberapa program yang lain iaitu jalinan kerjasama dengan Kota Kinabalu Wetland Center, Sabah Park Office dan juga terlibat selama 10 tahun dalam Sustainable Development for Biodiversity and Ecosystem Conservation (SDBEC).-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan