Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK SERU MASYARAKAT SOKONG KEMPEN ANTI KUTU SAMPAH

dbkk

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mahu semua restoran di kawasan bandaraya menyokong dan menyertai Kempen Anti Kutu Sampah, bagi membantu memperluaskan lagi kawasan tanpa sampah.
 
Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir yakin dengan adanya kerjasama semua pihak dan lapisan masyarakat, matlamat DBKK untuk menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu Tanpa Sampah akan tercapai suatu hari nanti.
 
“Matlamat utama DBKK melaksanakan Kempen Anti Kutu Sampah ialah, menjadikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Bebas Sampah dan melalui kempen ini, zon-zon tanpa sampah diwujudkan satu per satu dengan harapan kawasan tanpa sampah akan bertambah dan diperluaskan ke seluruh kawasan bandaraya.
 
“Sehingga kini sebanyak 107 premis termasuk 15 restoran KFC telah diiktiraf sebagai kawasan tanpa sampah. Manakala Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik pula disertai 320 premis termasuk KFC,” katanya.
ketika berucap pada majlis pengiktirafan Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai restoran tanpa sampah dan penyertaan kempen pengurangan beg plastic, di Restoran KFC Centre Point, di sini, kelmarin.
 
Turut hadir Pengurus Besar KFC Malaysia Timur Kota Kinabalu Lo Yu Foh, Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Micheal Samuil, Pengarah Jabatan Kebersihan dan Persekitaran Bandar Robert Lipon dan Pengurus Pemasaran KFC (Sabah) Sdn.Bhd Datin Anna Au-Fernandez.
 
Abidin berkata, dengan pengiktirafan sebanyak 15 restoran KFC di kawasan bandaraya sebagai restoran tanpa sampah, menjadikan kesemua 20 premis KFC di kawasan bandaraya bebas sampah.
 
Lima premis KFC telah diiktiraf pada 22 April lepas dan 15 lagi diiktiraf kelmarin iaitu, KFC Bandaraya Berjaya, Tanjung Aru, Terminal 2, Terminal 1, KFC Sulaman, KFC 1Borneo, Giant Kolombong, Taipan Inanam, Wawasan Plaza, Waterfront Segama, Kampung Air, Plaza Juta, Sepanggar, KFC Bornion Centre Luyang dan KFC Lido.
 
Abidin turut mengingatkan pihak pengurusan kawasan-kawasan tanpa sampah supaya sentiasa memastikan kawasan mereka benar-benar bebas sampah pada setiap masa.
 
“Pengiktirafan tanpa sampah ini boleh ditarik balik atau ditamatkan sekiranya didapati ada sampah dibuang di merata-rata tempat kawasan atau persekitaran “zon tanpa sampah”,” katanya dan dalam masa yang sama menyeru pihak KFC supaya mengamalkan pengasingan sisa makanan dari sisa domestik.
 
“Program yang turut giat dijalankan oleh DBKK ini merupakan salah satu strategik untuk menangani masalah kebersihan di bandaraya khususnya masalah bau busuk, lalat dan tikus,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan