Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK sasar sifar HIV menjelang 2020

Joannes (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada   Dr. William. - foto Monica Gidong / SayangSabah
Joannes (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada Dr. William. – foto Monica Gidong / SayangSabah

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memerlukan sokongan semua pihak yang terlibat dalam mencapai objektif Projek Bandaraya Kota Kinabalu Menuju Sifar HIV Menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Joannes Solidau berkata, projek bandaraya itu yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada penghujung tahun lalu adalah satu usaha kawalan dan pencegahan HIV untuk mencapai sasaran ‘Sifar Jangkitan HIV Baru, Sifar Diskriminasi dan Sifar Kematian Berkaitan AIDS’.

“Ini juga adalah selaras dengan Deklarasi Politik HIV/AIDS yang dipersetujui oleh negara-negara ASEAN.

“Oleh itu bengkel ini diadakan untuk menyusun strategi, pelan pelaksanaan serta menggariskan tindakan yang akan dilaksanakan sehingga tahun 2020,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Pelan Pelaksanaan Projek Bandaraya Kota Kinabalu Menuju Sifar HIV Menjelang 2020, di sini semalam.

Bengkel selama dua hari yang dianjurkan DBKK bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dihadiri seramai 43 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan