Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK Sambut Baik Usaha Jalin Kerjasama Jaga Kebersihan

dbkk

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka jika ada mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dalam aspek penjagaan kebersihan di kawasan bandar raya ini, melalui program anak angkatnya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata perkara berkenaan adalah penting dan selaras dengan usaha DBKK untuk menjadikan bandar raya ini bersih.

“Sasaran utama program kita adalah untuk meningkatkan imej dan identiti bandar raya Kota Kinabalu sebagai bandar raya bersih, hijau dan selesa untuk didiami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat antara DBKK dan Kolej Sidma Sabah di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan Kolej Sidma Sabah dan Universiti Antarabangsa Unitar serta kakitangan DBKK turut serta dalam program itu yang bermula dari Anjung Senja hingga ke kawasan Suria Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Kolej Sidma Prof Dr Morni Kambri berkata melalui program yang akan diadakan tiga bulan sekali itu, ia akan menaikkan imej Kolej Sidma, bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah khidmat sosial.

“Program ini bertujuan untuk membersihkan dan mencantikkan lagi bandaraya Kota Kinabalu, di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan orang awam,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan