Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK perkenal konsep S.A.C budayakan kempen anti kutu sampah

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperkenalkan konsep S.A.C iaitu S (Stop from littering), A (advice those who are litter) dan C (Collect when you see rubbish) bagi membudayakan Kempen Anti Kutu Sampah.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata Kempen Anti Kutu Sampah dan strategi 3B : Bawa Beg Bah adalah selaras dengan usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih,hijau dan berdaya huni menjelang tahun 2020.

“Melalui kempen-kempen ini, zon tanpa sampah diwujudkan satu persatu dengan harapan kawasan tanpa sampah akan bertambah dan diperluaskan ke seluruh bandaraya Kota Kinabalu.

“Sebagai makluman, sejak kempen ini dilancarkan pada 2008, sebanyak 203 premis tanpa sampah telah diwujudkan di kawasan bandaraya dan 45 penyertaan baru dalam stategi 3B : Bawa Beg Bah,”katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan semula Grandis Hotel & Resort Suria Sabah sebagai Hotel Tanpa Sampah di Grandis hotel,pagi tadi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan hotel kerana telah menyahut seruan DBKK dengan terus melangkah ke hadapan dalam pengurusan sisa pepejal dengan mengamalkan kitar semula 3R (Recycle, reduce & reuse), 6S ( Sort,Set in Order, Shine, Standardize,Sustain and Safety) dan menuju ke arah hotel hijau.

Turut hadir Pengurus Besar Grandis Hotel & Resort Suria Sabah, Micheal Tan dan Timbalan Pengurus besar Grandis Hotel & Resort Suria Sabah, Chung Keh Vee./PENERANGAN.

Yeo (empat dari kiri) bersama Michael Tan (empat dari kanan)dan Chung Keh Vee (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan Grandis Hotel & Resort Suria Sabah dan DBKK.

Komen


Berita Berkaitan