Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK lancarkan bulan pengampunan caj tiket letak kereta

8:02pm 26/04/2016 Leolerry Lajius 347 views Tempatan
Ketua pengarah DBKK Joannes Solidau (kiri) dan Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah (dua dari kiri) ketika melancarkan program berkenaan.

Ketua pengarah DBKK Joannes Solidau (kiri) dan Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah (dua dari kiri) ketika melancarkan program berkenaan.

KOTA KINABALU: Sempena dengan 100 hari pentadbiran Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK), pihak DBKK telah melancarkan program bulan pengampunan caj tiket letak kereta bagi semua tiket dan penyata letak kereta yang tertunggak dari bulan Mei 2012 sehingga September 2014.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah, program ini akan dilaksanakan bermula pada 3 Mei sehingga 10 Jun tahun ini yang akan memberikan peluang kepada lebih 20,000  pengguna yang telah dikeluarkan notis supaya membayar tunggakan caj tiket letak kenderaan mereka bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

“Program ini adalah bagi menggalakkan pengguna yang belum dikeluarkan notis untuk tampil membuat pembayaran dan juga sebagai satu langkah pemulihan ke atas tunggakan caj tiket letak kereta bagi memastikan tunggakan berjumlah RM6.6 juta yang melibatkan lebih 100,000 kenderaan dapat dikutip.”

“Melalui program ini, ia juga memberikan peluang kepada pengguna  untuk membayar caj FI sahaja iaitu bayaran asas penggunaan ruang letak kereta dan dikecualikan dari caj atau denda serta lain-lain FI sampingan,”katanya ketika sidang media yang dibuat di Dewan Mesyuarat DBKK, hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai agar mengambil peluang sempena bulan pengampunan ini untuk menjelaskan tunggakan caj tiket letak kereta bagi mengelak dikenakan caj penalti dan kes mereka dirujuk ke Mahkamah Bandaraya.

Sembilan kaunter pembayaran telah disediakan oleh pihak DBKK bagi memudahkan para pengguna iaitu Kaunter DBKK di bangunan DBKK, kaunter DBKK di Center Point, kaunter DBKK KK Plaza, kaunter DBKK bangunan UTC, kaunter DBKK Dewan Serbaguna Damai, serta Car Park’s Kiosks di bandar Baru Inanam, Damai Fasa IV, Lido dan Lintas Plaza.

Tambah beliau, DBKK akan menambah baik perkhidmatan penjualan kupon letak kereta dengan penglibatan lebih 300 premis perniagaan yang akan membantu menjual kupon letak kereta DBKK mulai bulan Mei ini.

“Premis-premis perniagan ini akan memaparkan tanda ‘Parking Coupon Is Sold Here’ dan ia akan membantu 26 kaunter penjualan kupon letak kereta DBKK sedia ada,”katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berurusan dengan pegawai dan kakitangan di pejabat pengurusan tempat letak kereta DBKK Holdings di tingkat satu kompleks beli belah KK Plaza ataupun menghubungi talian 088-270 181 atau 088-270 182.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan