Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK komited susun semula penempatan Sembulan

5:10pm 23/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 54 views Tempatan
Yeo (tiga dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Juhar.

Yeo (tiga dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Juhar.

KOTA KINABALU- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serius mahukan satu penempatan yang lebih tersusun untuk semua lapisan masyarakat di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, ia sememangnya hasrat kerajaan untuk memberikan satu penempatan yang lebih tersusun di kawasan-kawasan tertentu seperti Sembulan.

“Kita tidak akan pinggirkan mana-mana kawasan dan Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kepada DBKK untuk meneruskan penempatan untuk kepentingan rakyat.

“Masyarakat yang terlibat diminta bersabar kerana proses ini mengambil sedikit masa untuk kita rasai manfaatnya.

“Proses penempatan ini juga akan memastikan Sembulan tidak terpinggir dari arus pembangunan pesat Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Antara tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk sama memeriahkan Majlis Berbuka Puasa pada 16 Jun ini dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 28 Julai 2016 bersama pelbagai lapisan warga bandaraya.

Yeo juga berkesempatan memberi taklimat ringkas dan bertukar pandangan dengan Tun Juhar mengenai hal ehwal semasa Bandaraya Kota Kinabalu.

“Kami berterima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun kerana telah memberi nasihat mengenai beberapa perkara seperti isu kebersihan dan pembangunan mampan Bandaraya Kota Kinabalu.

“DBKK akan mengikut nasihat yang diberikan dan ia membuatkan kami lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik untuk warga bandaraya ini,” jelasnya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan