Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK keluarkan 4,479 saman kepada pemandu degil

dbkk

KOTA KINABALU – Masih ramai yang gagal mematuhi arahan untuk mempamerkan kupon letak kereta meskipun telah diberikan tempoh dan peluang cukup lama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 4,479 keping saman kepada para pemilik kenderaan yang degil bagi tempoh sejak 2 sehingga 16 Januari ini dengan purata sehari ialah sebanyak 350 hingga 370 keping sama dikeluarkan sejak peraturan itu dikuatkuasakan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang degil tidak mematuhi sistem kupon letak kereta di kawasan bandaraya bermula 1 Januari lepas. Oleh itu pihak penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan saman kepada pemilik-pemilik kenderaan yang tidak mematuhi arahan itu.

“Justeru, kita akan memberikan notis pertama, kedua dan sekiranya masih berdegil, maka kes itu akan di bawah ke Mahkamah Bandaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah kebanyakan pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ialah pengelak tegar bayaran tempat letak kereta sejak sistem itu dilaksanakan.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah mereka semakin berkurangan selepas pelaksanaan sistem kupon tempat letak kereta pada Oktober tahun lepas.

Abidin berkata, sebelum sistem kupon tempat letak kereta diperkenalkan kira-kira 30 peratus pengelak tegar, namun selepas sistem kupon dilaksanakan ia telah berkurangan sehingga 10 peratus berdaasrkan tinjauan fizikal. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan