Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK julung kali anjur ‘Kota Kinabalu City Cycling Challenge’

12:45pm 21/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 49 views Sukan,Tempatan
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (dua dari kiri) menerima tajaan daripada Pengarah Ride Life Cycle Sdn Bhd, Kevin Thien Sieu Shin (middle) dan Andrew Wong Zin Chuan (dua dari kanan).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (dua dari kiri) menerima tajaan daripada Pengarah Ride Life Cycle Sdn Bhd, Kevin Thien Sieu Shin (middle) dan Andrew Wong Zin Chuan (dua dari kanan).

KOTA KINABALU- Bersempena ulang tahun Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-16, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kelab Berbasikal DBKK dan Persatuan Berbasikal Tuaran bakal menganjurkan program ‘Kota Kinabalu City Cycling Challenge’ pada hujung minggu ini.

Terdapat dua pertandingan yang akan diadakan bersempena karnival tersebut iaitu ‘Team Time Trial (TTT)’ pada 23 Julai (Sabtu) dan ‘Road Bike Challenge’ pada 24 Julai (Ahad).
Menurut Timbalan Presiden Kelab Berbasikal, Victor Wong, terdapat beberapa aktiviti menarik turut diadakan bersempena karnival selama dua hari tersebut.
Diantaranya, pameran, ‘auto show’, gerai makanan dan minuman, aktiviti pertandingan mewarna dan melukis, persembahan buskers.
Mengulas mengenai penganjuran kedua-dua pertandingan sempena karnival itu, Victor berkata Cabaran TTT mempunyai tiga kategori iaitu Basikal Jalanan (Road Bike) iaitu sejauh 49 kilometer (km), Basikal Gunung (Mountain Bike) iaitu sejauh 39km dan Road Bike (mix) iaitu sejauh 39 km.
Jelasnya, kategori basikal jalanan dan basikal gunung hanya dibuka kepada pelumba lelaki sahaja. Manakala, hanya seorang peserta wanita dalam setiap kumpulan bagi kategori Road Bike (Mix). Kesemua kumpulan terdiri daripada empat orang pelumba secara keseluruhannya.
Selain itu, tambahnya, ‘Road Bike Challenge’ merupakan perlumbaan perseorangan dan mempunyai enam kategori seperti ‘Men Open (70km)’, ‘Men Veteran’ (41 tahun dan keatas) (70 km), ‘boy junior (13-18 tahun) (70km), ‘women open (70km)’,  ‘Men Open (100km)’, dan ‘Men Veteran’ (100km)’.
Para peserta diseru agar mengambil pek perlumbaan pada 22 Julai dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang di Padang Merdeka.
Maklumat lanjut, sila hubungi Victor di talian 010-9417389 atau layari laman sesawang www.dbkk.sabah.gov.my. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (dua dari kiri) menerima tajaan daripada Pedal Shop, Jason Ong (dua dari kiri).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai (dua dari kiri) menerima tajaan daripada Pedal Shop, Jason Ong (dua dari kiri).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan