Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK, Jabatan Kesihatan dan KPDNKK adakan ‘Ops Raya’

Yeo menyerahkan borang kompaun kepada James (kiri)
Yeo menyerahkan borang kompaun kepada James (kiri)

KOTA KINABALU- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Kota Kinabalu mengadakan satu operasi iaitu ‘Ops Raya’ keatas beberapa pasar raya di sekitar daerah itu.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, operasi tersebut bertujuan untuk memastikan agar barangan yang dijual mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan kerajaan.

“Semasa operasi ini dijalankan, pemantauan dan pemeriksaan dijalakan atas makanan yang dijual di pasar raya bagi memastikan ianya dalam keadaan selamat dan sesuai dimakan oleh pengguna.

“Antara aspek yang diberi perhatian ialah tarikh luput makanan dan minuman, kesempurnaan pembungkusan makanan dan keadaan fizikal makanan tin iaitu tidak berkarat serta tidak kemek,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ops Raya anjuran bersama DBKK, pejabat Kesihatan, KPDNKK di sini, hari ini.

Sehubungan itu, para peniaga dinasihati agar tidak menjual makanan yang tidak luput tarikh serta tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Manakala, para pengguna diseru agar menjadi pengguna bijak dan sentiasa peka mengenai tarikh luput barangan yang dibeli dan bijan membezakan harga sebelum membeli barangan berkenaan.

 

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Joannes Solidau serta anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan KPDNKK. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan