Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK ‘Free Wifi’ dilancarkan sebagai salah satu pembangunan baru untuk warga bandaraya- Mayor

2:49pm 15/04/2016 Leolerry Lajius 80 views Tempatan
Yeo(empat dari kanan) ketika melancarkan gimik perasmian sempena majlis tersebut.

Yeo(empat dari kanan) ketika melancarkan gimik perasmian sempena majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Selaras dengan misi Dewan bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang keempat iaitu untuk menyelaras dan meningkatkan pembangunan supaya rakyat dapat menikmatinya, program DBKK ‘Free Wifi’ telah dilancarkan pada hari ini sebagai salah satu pembangunan baru untuk warga bandaraya.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, projek ini merupakan kerjasama di antara DBKK dan pihk Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk mewujudkan kawasan yang mempunyai akses internet melalui TM wifi bagi pengunjung di Lintasan Deasoka dan sekitar bangunan DBKK.

“Capaian internet ini boleh dibuat secara percuma atau melalui akaun TM Wifi secara percuma selama 30 minit sehari sama ada anda adalah pelanggan atau bukan.”

“Bagi peringkat permulaan sebanyak 10 ‘Acces Point’ (AP) telah dipasang oleh TM di bangunan DBKK pada Disember tahun lalu sebagai peringkat pertama ke arah penyediaan kemudahan capaian internet di sekitar bandaraya di bawah program bandaraya Pintar TM,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran DBKK ‘Free Wifi’ di Dewan Mesyuarat DBKK, pagi tadi.

Tambah beliau, secara keseluruhannya sebanyak lebih 900 AP telah dipasang di ebih 200 kawasan di seluruh Sabah.

“Kita berharap agar pemasangan AP di sekitar bandaraya ini akan terus ditambah agar sasaran capaian internet di kalangan warga bandaraya akan meningkat,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan