Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK Edar 1,200 Jalur Gemilang Dan Bendera Sabah

dbkk

KOTA KINABALU– Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengedarkan kira-kira 1,200 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah secara percuma kepada pemilik premis perniagaan di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata acara tahunan itu diadakan menjelangnya Hari Kemerdekaan bagi mendorong masyarakat mempamerkan semangat patriotisme kepada negara.

“Premis perniagaan diminta mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan masing-masing,” katanya kepada pemberita sebelum majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di sini, Selasa.

Abidin juga mengingatkan pemilik premis agar tidak mengibarkan Jalur Gemilang yang lusuh sebaliknya menggantikannya dengan yang baharu sempena pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri, pada 4 Ogos ini.

Pengagihan Jalur Gemilang dan bendera Sabah itu turut disertai oleh Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Polis Kontinjen Sabah.

Tema Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini ialah “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Komen


Berita Berkaitan