Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK cadang penambahbaikan program perarakan berjubah pelajar UMS

1:14pm 16/11/2015 Dewiana Tinggolongon 32 views Pendidikan
Abidin mengalungkan kunci kepada salah seorang graduan sambil disaksikan oleh Harun (Kanan).- foto Alex Mairin / sayangsabah.

Abidin mengalungkan kunci kepada salah seorang graduan sambil disaksikan oleh Harun (Kanan).- foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mencadangkan agar penambahbaikan iaitu mengadakan pameran serta mempamerkan sejarah penganjuran perarakan berjubah pelajar graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertemakan  Bandar & Jubah.

Mayor bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, ia bertujuan untuk mengimbau semua nostalgia pelajar dan kepentingan jalinan yang telah dibina bersama masyarakat Kota Kinabau sebelum ini.

“Selain itu ia juga menjadi perkongsian dan inspirasi kepada warga bandaraya dalam mengangkat budaya ilmu,” katanya semasa berucap sempena Majlis Perarakan Berjubah Graduan UMS di Perkarangan DBKK pada hari ini (Isnin).

Menurutnya, pembangunan modal insan oleh UMS membantu melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dan ia menjadi kebanggaan.

Katanya, melaui pengetahuan yang luas ia boleh diaplikasikan dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada komuniti dalam pelbagai aktiviti secara tidak langsung menjadi contoh kepada masyarakat.

Sempena majlis berkenaan, Abidin turut memberikan kunci kepada para graduan sebagai simbol perkenan bahawa mereka diperakukan sebagai Warga Bandaraya Kota Kinabalu.

 Selain itu ia juga menjadi simbolik pengiktirafan sebagai generasi terdidik dan professional yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.

Sementara itu, beliau turut menasihati para graduan agar menjadikan pengalaman sepanjang di universiti  sebagai modal kepada perjuangan di masa hadapan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan