Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK cadang bina menara Menara DBKK

Abidin (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Musa (dua dari kanan) mengenai projek pembangunan DBKK di bandaraya. Turut kelihatan Jainab (kiri sekali). - foto Monica Gidong
Abidin (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Musa (dua dari kanan) mengenai projek pembangunan DBKK di bandaraya. Turut kelihatan Jainab (kiri sekali). – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bercadang untuk membina sebuah Menara DBKK di atas tapak bekas bangunan lama Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), di sini.

Datuk Bandar, Datuk Abidin Madingkir berkata, bangunan lama perpustakaan itu akan diambil alih sepenuhnya oleh DBKK untuk bangunannya.

“Berhubung tarikh pembinaan, kos dan reka bentuk bangunan akan kita maklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan taklimat ringkas mengenai pembangunan DBKK termasuk kebersihan dan kecantikan bandaraya serta mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman melawat projek Tapak Menara DBKK dan Padang Merdeka, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga bertanggungjawab terhadap DBKK, Datuk Edward Yong Oui Fah.

Mengenai Astaka Padang Merdeka, Abidin berkata, DBKK turut bercadang untuk membina pagar di kawasan itu bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab mencuri atau merosakkan harta benda kerajaan di kawasan berkenaan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan