Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK bakal menguatkuasakan sistem pengasingan sisa makanan

5:59pm 17/03/2016 Leolerry Lajius 183 views Tempatan
Datuk yeo boon hai(dua dari kanan) menyerahkan sijil kebersihan kepada  Liew Yun Len pemilik restoran upperstar damai yang merupakan salah satu premis yang mengambil bahagian dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk yeo boon hai(dua dari kanan) menyerahkan sijil kepada Liew Yun Len pemilik restoran upperstar damai yang merupakan salah satu premis yang mengambil bahagian dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal menguatkuasakan sistem pengasingan sisa makanan di sekitar bandaraya ini di masa akan datang dengan menggunakan satu mesin khas yang akan mengolah sisa makanan menjadi air bagi mengatasi masalah kuantiti sampah yang semakin meningkat.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, sebagai langkah awal pelaksanaan alternatif tersebut Program Pengasingan Sisa Makan di kawasan Damai Plaza yang melibatkan 42 buah premis makanan telah dilaksanakan.

“Di kawasan ini sahaja purata jumlah sampah

ialah sebanyak 5200 kilogram setiap hari dan 60% daripada sampah yang dijana adalah sampah organik melalui sisa-sisa buangan sisa makanan.”

“Setakat ini sebanyak 29 buah premis makanan telah memasang mesin ini dan bagi kawasan ini ia dipasang secara percuma dengan harapan premis yang terlibat akan memberikan maklum balas untuk penambahbaikkan sebelum kaedah pengasingan sisa makanan ini diperluaskan,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Pelancaran Program Pengasingan Sisa Makanan dari premis makanan di kawasan Damai Plaza di Restoran Upperstar Damai, hari ini.

Tambah beliau, selain mengurangkan kuantiti sampah kaedah ini juga mampu menangani masalah bau busuk, lipas, tikus serta lalat di samping akan mengatasi masalah parit tersumbat.

“Kita berharap agar semua pihak akan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini demi kebaikan bersama di samping menggalakkan amalan hijau dan sikap ‘Sampahku adalah tanggungjawab bersama’,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan DBKK terhadap seorang penjaja di Hospital Queen Elizabeth, beliau berkata bahawa tindakan itu diambil kerana peniaga tersebut berniaga di tempat yang tidak sesuai dan juga faktor kebersihan.

“Pihak DBKK mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing itu atas faktor tempat yang tidak sesuai dan juga faktor kebersihan kerana kita lihat lokasi peniaga itu tidak mempunyai bekalan air bersih untuk mencuci.”

“Kita juga telah memberikan amaran beberapa kali di samping kita juga menyediakan banyak tempat khas untuk berniaga,”katanya.

Yeo juga mengalu-alukan orang ramai untuk berjumpa dengan beliau jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk yeo boon hai ( kanan),mayor bandaraya kota kinabalu, membuang sisa makan ke mesin pengasingan sisa makanan dalam satu majlis pelancaran program pengasingan sisa makanan sambil bersama  Liew yun len(tenga) pemilik restoran upperstar damai dan yang turut hadir bersama Datuk michel lui  yen sang (kiri)pengerusi dewan perniagaan dan perindusterian tiong hua kk.

Datuk Yeo Boon Hai ( kanan), membuang sisa makan ke mesin pengasingan sisa makanan dalam satu majlis pelancaran program pengasingan sisa makanan sambil diperhatikan oleh Liew Yun Len(tengah) pemilik restoran upperstar damai dan Datuk Michel Lui Yen Sang (kiri) pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindusterian Tiong Hua Kota Kinabalu.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan