Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK anjur pasar malam terbuka sempena CNY 2016

8:58pm 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 78 views Tempatan

dbkk 2

KOTA KINABALU- Pasar Besar Kota Kinabalu akan ditutup sempena perayaan Tahun Baharu Cina selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Februari 2016.

Walaubagaimana pun, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Pasar Malam Terbuka pada esok (6 Februari) di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu, Segama serta Kedai Foh Sang, Luyang sempena perayaan tersebut

Pasar tersebut akan memulakan operasinya mulai jam 1.00 petang hingga jam 2.00 pagi, hari berikutnya (7 Februari)

Pada tahun ini, lot gerai pasar terbuka adalah bersaiz 8 kaki x 8 kaki dengan bayaran RM10/lot. Para penjaja diingatkan untuk menyediakan tong sampah di lot gerai masing-masing serta menjaga kebersihan semasa dan selepas berniaga.

Disamping itu, beberapa jalan raya akan ditutup mulai jam 12.00 tengah hari pada hari tersebut sehingga acara selesai iaitu sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens bermula dari lampu isyarat Pasar Buah (bertentangan bangunan Hotel Le Meridien) sehingga ke bulatan Hotel Hyatt Regency Kinabalu, Jalan Lapan Belas (pusingan ’u’/u-turn ke KK Plaza akan dibuka), Jalan Tujuh Belas, Jalan Segama, jalan masuk ke kawasan letak kereta Safma, Pasar Besar Kota Kinabalu, Jalan Rumah Kedai Golden City dan bulatan berdekatan KFC menuju ke simpang masuk Foh Sang.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil peluang membeli barang-barang keperluan semasa Pasar Malam Terbuka ini

Orang ramai dan penjaja juga diminta untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat kerana anggota penguatkuasa DBKK akan mengeluarkan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah kepada mereka yang berbuat demikian.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan