Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DBKK anjur Larian Bandaraya Tanpa Sampah’ pada 17 April depan

8:47pm 12/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 73 views Tempatan
Yeo (lima dari kiri) menerima tajaan daripada para penaja untuk Program Larian Bandaraya Tanpa Sampah 2016.

Yeo (lima dari kiri) menerima tajaan daripada para penaja untuk Program Larian Bandaraya Tanpa Sampah 2016.

KOTA KINABALU- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal mengadakan satu program Larian iaitu ‘ Larian Bandaraya Tanpa Sampah atau ‘Litter Free City Run’ pada 17 April ini di Padang Merdeka, disini.
Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, program tersebut bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat dan persekitaran bersih tanpa sampah, kempen Anti Kutu Sampah serta mendidik masyarakat dalam pengurusan sampah serta membawa masyarakat membanteras Kutu Sampah.
“Saya berharap dengan program ini akan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai dan mengubah minda masyarakat untuk sama- sama menjaga kebersihan persekitaran bandaraya kita disamping menghebahkan mesej Kempen Antu Kutu Sampah agar dapat dihayati oleh setiap warga bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media sempena program Larian Bandaraya Tanpa Sampah 2016, di sini, hari ini.
Di samping itu, beliau berkata pihak DBKK menyasarkan penyertaan seramai 2,000 orang peserta untuk program larian tersebut.
“DBKK mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menyertai larian ini, yang mana yuran penyertaan hanyalah RM 35 seorang dan para peserta akan mendapat baju T, e- sijil, dan cabutan tiket bertuah.
“Bagi 450 peserta terawal yang menamatkan Larian, medal akan diberikan kepada mereka,” katanya.
Selain itu, Yeo berkata bahasa pihak DBKK akan menyediakan tong sampah di sepanjang laluan larian yang sepanjang tujuh kilometer itu agar para peserta tidak membuang sampah di merata tempat.
Larian tersebut yang turut merupakan anjuran bersama dengan Kelab Rekreasi dan Kebajikan (Kelab REKA) DBKK akan bermula seawal jam 7 pagi di Padang Merdeka.
Pelbagai aktiviti seperti acara senamrobik, Kempen derma darah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak akan turut diadakan.
Yeo turut menyeru kepada mereka yang berminat untuk menyertai larian itu boleh menghubungi En. Neff (016-8423924) atau En. Rosman (016- 8155894) atau melayari laman Facebook Anti Kutu Sampah dan Kelab REKA DBKK Dan pendaftaran boleh dilakukan selewat- lewatnya pada jumaat ini (15 April 2016). Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan