Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DBKK AMBIL PELBAGAI PENDEKATAN TINGKATKAN KEBERSIHAN TANDAS AWAM

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil pelbagai pendekatan agar kebersihan tandas awam di bawah seliaannya dapat ditingkatkan bagi keselesaan warga kota dan pelancong yang menggunakan kemudahan itu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, setakat ini sebanyak 31 tandas awam di sekitar Kota Kinabalu telah diselaraskan dibawah penyeliaan DBKK.

Menurutnya, terdapat dua kaedah penjagaan kebersihan tandas awam yang diperkenalkan iaitu penyeliaan dibawah DBKK dan pihak swasta.

Mayor Datuk Yeo Boon Hai. Gambar Fail SNT

“Kalau kita lihat, tandas awam DBKK dijaga dengan baik dan dibersihkan setiap hari oleh pekerja kita, namun bagi tandas awam yang bukan diselia DBKK, pihak swasta atau premis itu perlu memastikan kebersihan kemudahan itu sendiri.

“Mereka boleh mengupah pekerja di situ dengan gaji adalah hasil daripada bayaran pengguna yang menggunakan tandas awam swasta,” katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian Hadiah Pertandingan dan Penarafan Bintang Tandas Bersih Stesen Minyak serta Penaiktarafan Kebersihan Tandas Restoran dan Kedai Kopi 2018 di Dewan Mesyaurat DBKK di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Yang Bertanggungjawan Kepada DBKK, Arifin Asagil.

Mengenai program itu, Boon Hai berkata, pertandingan dan penarafan bintang tandas bersih bagi stesen minyak itu diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada tandas yang bersih di sekitar bandaraya ini.

Objektif pertandingan itu, katanya adalah sebagai penanda aras tahap kebersihan tandas di stesen minyak, disamping memberikan pengiktirafan kepada usaha meningkatkan amalan budaya tandas bersih dalam kalangan masyarakat.

Katanya, sebanyak 43 buah stesen minyak telah dinilai dalam pertandingan itu yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Stesen Minyak Petron, Shell dan Petronas.

Selain itu, katanya, DBKK juga memperkenalkan Program Penaiktarafan Kebersihan Tandas Restoran dan Kedai Kopi dengan tujuan memberikan pengiktirafan kepada tandas restoran dan kedai kopi yang berjaya dinaikkan ke tahap sekurang-kurangnya tiga bintang berdasarkan beberapa kriteria ditetapkan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan