Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

David Teo : “Bakat Dicari bukan Dilahirkan”

9:02pm 14/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 316 views Hiburan,Tempatan
Datuk Kamarlin, panel juri dan para peserta akhir program mencari bintang antabax bersama Servay

Datuk Kamarlin, panel juri dan para peserta akhir program mencari bintang antabax bersama Servay

PUTATAN- Seramai 14 orang peserta telah berentap di pentas akhir program “Pencarian Bakat Bintang Antabax Bersama Servay” yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Para peserta telah memberi saingan yang hebat kepada satu sama  lain dengan menunjukkan bakat mereka dalam bidang tarian, lakonan dan nyanyian untuk menarik perhatian pengarah filem terkenal, Mejar (K) David Teo.
“Kesemua finalis ini mempunyai apa yang diperlukan sebagai seorang penghibur iaitu bakat dan persembahan”, kata David.
Disamping itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi berharap agar para penghasil filem tempatan jadikan kawasan-kawasan di Sabah  sebagai set penggambaran filem mereka yang akan datang sekali gus mempromosikan keindahan alam yang ada di negeri ini kepada masyarakat luar.
Tempat pertama telah dimenangi oleh Yuri Faizis Mejal, tempat kedua oleh Team Swagger Squad manakala tempat ketiga disandang oleh Sumarli Loli
Panel juri bagi pertandingan termasuklah ketua juri, David Teo, Angeline Sim daripada Antabax, pengarah filem, Hashim Rejab dan penyanyi terkenal dari Sabah, Peter Dicky Lee.
Pertandingan tersebut telah diadakan di Pasar Raya Hiper Servay, disini, petang tadi.
Program pencarian bakat yang hanya terbuka kepada warga Sabah ini telah bermula dari 18 Jun hingga 16 Ogos yang lalu. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah
Pemenang tempat pertama, Yuri Faizis Mejal.

Pemenang tempat pertama, Yuri Faizis Mejal.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan