Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

David Bowie meninggal dunia

9:45am 12/01/2016 Pak Roshan 18 views Global
David Bowie ketika persembahan di Paris pada 1997 (gambar kiri) dan gambar kanan, membuat persembahan di Montreal, Kanada pada 2003. - Foto Agensi

David Bowie ketika persembahan di Paris pada 1997 (gambar kiri) dan gambar kanan, membuat persembahan di Montreal, Kanada pada 2003. – Foto Agensi

London: Penyanyi David Bowie meninggal dunia hari ini, ketika berusia 69 tahun selepas 18 bulan berjuang melawan barah.

Menurut kenyataan syarikat publisiti penyanyi, pencipta lagu, dan penerbit itu, Bowie meninggal dunia dengan kehadiran ahli keluarga.

Artis, ahli politik dan peminat menghantar ucapan takziah di Internet, termasuk Perdana Menteri Britain, David Cameron melalui Twitter berkata: “Saya membesar mendengar dan menonton lagu-lagu pop David Bowie yang genius. Kematiannya kehilangan besar.”

Kejayaan pertama Bowie ialah pada 1972 melalui album ‘The Rise and Fall of Ziggy Stardust’ dan ‘Spiders From Mars’. Tiga tahun kemudian lagunya, ‘Fame’ menduduki carta 10 lagu popular di Amerika Syarikat.

Antara lagu lain yang popular, termasuk ‘Let’s Dance’ (1983), ‘Space Oddity’, ‘Heroes’, ‘China Girl’, ‘Modern Love’.

Dia pernah berlakon dalam filem ‘Just a Gigolo’ (1978), sebagai tahanan Perang Dunia Kedua dalam Merry Christmas Mr Lawrence (1983). – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan