Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Daun ketum bakal diwarta di bawah Akta Dadah Berbahaya – Zahid

zahid

JITRA: Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta

Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam

tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

“Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran

bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras,” katanya kepada pemberita di sini

hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian

Kubang Pasu.

Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di

kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata, pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan menyeludup keluar

barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.

“Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol diseludup keluar ke negara

jiran dan ia amat merugikan kerajaan,” katanya.- BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan