Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Datuk Red Nak Ramai Anak, Adira Hamil Lagi!

BULAN Ramadan kali ini pastinya lebih bermakna buat penyanyi putih melepak, Adira Suhaimi apabila dia disahkan telah hamil anak kedua.

Berita gembira itu telah disahkan sendiri oleh suami Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Dijangkakan pasangan itu bakal menimang cahaya mata kedua kira-kira pada bulan September akan datang.

“Alhamdulillah, rezeki Allah… Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah.

“Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua,”ujarnya dipetik daripada portal mStar Online.

Malah, gambar Adira yang telah dimuat naik oleh Datuk Red jelas memperlihatkan‘baby bump’ kecilnya itu.

Apa yang melucukan ialah apabila Datuk Red sendiri memberitahu bahawa dia menyimpan hasrat untuk memiliki seramai 20 orang anak.

“Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Datuk Red turut tidak pernah melarang Adira melakukan apa sahaja aktiviti tetapi jangan sampai memudaratkan kesihatannya.

Hasil perkahwinan mereka yang diadakan di Songkhla, Thailand pada 2015 lalu, telah lahirnya seorang puteri yang sangat cantik diberi nama Anggerik.

Ketika pernikahan Datuk Red yang pertama bersama isterinya iaitu Sharifah Norshafila Hassim mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Tetapi sebelum perkahwinan tersebut, dia pernah berkahwin dengan seorang gadis berusia 20-an tetapi mereka telah berpisah selepas lima tahun hidup bersama dan telah dikurnaikan dua orang cahaya mata. – MYNEWSHUB/A

Komen


Berita Berkaitan