Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DATUK K Y MUSTAFA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UMS BAHARU

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K Y Mustafa dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu.

Datuk K. Y. Mustafa. Gambar SNT/Ehsan UMS

Beliau menggantikan Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS, pelantikan dari Kementerian Pendidikan Malaysia itu adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 17(1)(a) Perlembagaan UMS (Pengerusi).

“Perlantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2021.

“Berdasarkan pengalaman luas K.Y Mustafa dalam sektor awam dan sektor korporat, UMS yakin beliau bersama dengan ahli Lembaga Pengarah yang lain mampu memacu kecemerlangan UMS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai aspek seterusnya merealisasikan agenda UMS untuk menghasilkan graduan future-proof demi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

“UMS mengalu-alukan pelantikan K. Y. Mustafa sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang baru. Warga UMS ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada K.Y Mustafa di atas pelantikan ini,” demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mustafa adalah mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dari tahun 2000 hingga 2007 serta mantan ahli Lembaga Pengarah UMS bagi tempoh yang sama.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Datuk Dr Mohd Sofi Osman telah dilantik sebagai pengerusi baharu lembaga pengarah UMS.

Namun, pelbagai reaksi negatif terutama dari pemimpin politik mempertikaikan perlantikan Dr Sofi yang kata mereka bukan anak tempatan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan