Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Datuk Henrynus mengangkat sumpah sebagai Presiden Momogun

1:11pm 02/07/2016 Leolerry Lajius 1107 views Tempatan
Masidi (tengah) dan Henrynus (lima dari kanan) mengambil gambar bersama Anggota Majlis Tertinggi Momogun bagi sesi 2016 hingga tahun 2019.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (tengah) dan Henrynus (lima dari kanan) mengambil gambar bersama Anggota Majlis Tertinggi Momogun bagi sesi 2016 hingga tahun 2019.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU:”Sudah tiba masanya kita bersatu tidak kira walau apa juga fahaman politik kita kerana di bawah Momogun perbezaan politik itu bukan penghalang bagi kita untuk bersatu.”

Demikian ungkapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ketika berucap sempena majlis angkat sumpah Kongres Momogun Kebangsaan, di sini, semalam.

“Tidak kira apa sahaja parti politik kita samaada, kerajaan mahupun pembangkang tetapi perkara yang paling penting adalah kita sentiasa bersatu padu.”

“Sudah menjadi lumrah kita sebagai rakyat Sabah, perbezaan agama mahupun budaya bukan penghalang bagi kita untuk terus bersatu padu,”katanya.

Masidi turut menyeru agar rakyat di negeri ini mengubah cara kerja dan mengelakkan sifat suka memilih pekerjaan.

“Ketika ini sebanyak 80 peratus pekerja buruh dalam sektor pertanian adalah warga Indonesia manakala dalam sektor pembinaan pula, 70 peratus daripada buruhnya adalah pekerja dari Filipina.”

“Jika kita terlalu memilih pekerjaan lambat laun kita akan menjadi pengemis di tempat sendiri dan senario yang agak membimbangkan adalah 50 peratus daripada tanah di Kundasang telah dimiliki oleh individu bukan masyarakat tempatan di daerah berkenaan,”katanya.

Sementera itu, Presiden Kongress Momogun Kebangsaan Datuk Henrynus Amin berkata, telah tiba masanya untuk masyarakat Momogun Sabah bertindak untuk mengubah nasib mereka dari segi ekonomi melalui permuafakatan bersama.

“Kita inginkan wawasan perubahan namun perubahan harus bermula dengan diri kita sendiri agar kita cekap dalam menjana kejayaan dalam bidang yang kita ceburi,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

Sempena majlis berkenaan Anggota Majlis Tertinggi Momogun bagi sesi 2016 hingga tahun 2019 telah mengangkat sumpah yang diketuai oleh presidennya Datuk Henrynus Amin.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

PicsArt_07-01-10.08.50

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan