Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Datuk Abdul Rashid Pesuruhjaya Polis Sabah Baru

2:39pm 04/01/2016 Pak Roshan 241 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

abdul-rashid-600x367

Kota Kinabalu – Bekas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru, berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggalas jawatan nombor satu Kontinjen Polis Sabah itu menggantikan Datuk Jalaluddin Abd Rahman yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada 1 Januari lalu.

Abdul Rashid sebelum ini bertugas sebagai Komander ESSCOM sejak 8 Julai 2014.

Upacara menandatangani serah tugas itu turut disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan tugas buat bekas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah, Datin Siti Aishah Haron kepada Datin Ainalmarhanim Abdul Ghani. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan