Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Datuk Abdul Rashid Harun Pesuruh Jaya Polis Sabah yang baru

2:35pm 04/01/2016 Leolerry Lajius 526 views Tempatan

PUTRAJAYA 07 July 2014. Komander ESSCOM, DCP, Datuk Abd Rashid Harun yang dilantik berkuatkuasa 15 Julai 2014. NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KOTA KINABALU: Bekas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Abdul Rashid Harun dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Jalaludin Abdul Rahman yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman pada 1 Januari yang lalu.

Menurut beliau, tugas sebagai pesuruhjaya polis ini bukan tanggungjawab yang mudah namun dengan kerjasama dari semua pihak beliau percaya tanggungjawb yang dipikul oleh beliau akan dapat dilaksanakan.

“Pihak polis akan terus menjalikan hubungan yang erat dengan ESSCOM dan saya juga akan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Datuk Jalaludin serta akan membuat penambahbaikkan yang bersesuaian,”katanya.

Ditanya mengenai perintah berkurung di kawasan ESSCOM, beliau berkata arahan itu akan diteruskan kerana ia merupakan langkah yang baik dalam usaha untuk menjamin keselamatan dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan terlibat.

“Walaupun pada mulanya, terdapat penduduk yang kurang bersetuju dengan pelaksanaan perintah berkurung ini namun selepas mendapat penerangan dan arahan ini mula dilaksanakan, masyarakat mula memberikan reaksi yang positif,”katanya.

Majlis serah terima tugas antara Jalaludin dan Rashid disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pagi tadi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan