Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Datu Nasrun hargai kepercayaan PM

Ahli parlimen P.188, Lahad Datu, Datuk Nasrun Mansur.- foto stenley / sayangsabah
Ahli parlimen P.188, Lahad Datu, Datuk Nasrun Mansur.- foto stenley / sayangsabah

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melantiknya sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Saya berterima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri dengan melantik memegang jawatan ini (timbalan menteri).

AHLI Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur. – Foto Fardy Bunga

“Bagaimanapun, saya akan ke Putrajaya esok dan akan mendengar arahan Perdana Menteri serta skop tugas dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan susulan pelantikan ini,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau adalah timbalan menteri ketiga dari Sabah selain Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Kerja Raya) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri penuh dari Sabah ialah Datuk Seri Salleh Said Keruak (Komunikasi dan Multimedia), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Madius Tangau (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Maximus Ongkili (Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) serta Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri). – BH Online

Komen


Berita Berkaitan