Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Datin’s kitchen, restoran makanan sejuk beku pertama di Malaysia

5:06pm 18/03/2017 Leolerry Lajius 320 views Perniagaan,Tempatan

Parameswaran (enam dari kiri) dan Julita (tujuh dari kiri) bergambar kenangan bersama staf Datin’s Kitchen dan mymalaysianfood.com.-Gambar Oleh Azman

KOTA KINABALU: KLSC Group Sdn Bhd melancarkan Datin’s Kitchen, restoran makanan sejuk beku pertama di Malaysia di sini pagi tadi.

Penaung mymalaysianfood.com, Datin Julita Ontol berkata, objektif utama penubuhan Datin’s Kitchen adalah untuk memartabatkan makanan tradisional seperti Linopot, Hinava, Kelupis, Nasi Ikan Tuhau, Combos, Roti Sardin Tuhau dan juga makanan-makanan tempatan lain setaraf dengan jenama makanan antarabangsa.

“Di bawah rangkaian mymalaysianfood.com, makanan-makanan yang dihasilkan adalah dalam bentuk sejuk beku dan separuh masak yang telah dibekukan mengikut garisan panduan dan sistem penyediaan makanan sejuk beku antarabangsa.

“Keistimewaan restoran ini Datin’s Kitchen adalah kita menggabungkan teknologi IT dan sains untuk mempromosikan dan memasarkannya ke peringkat antarabangsa dan seterusnya memberi impak signifikan kepada sektor ekonomi di negeri ini,” katanya semasa merasmikan restoran berkenaan di sini pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan KLSC Group Sdn Bhd, Parameswaran Nadarajah berkata, syarikat berkenaan menyasarkan sebanyak 300 jenis masakan akan disediakan untuk tempahan pelanggan.

“Melalui dua buah pusat penyediaan makanan, kita dapat menyediakan 40 jenis makanan dan juga minuman dan dengan tambahan dua lagi kilang penyediaan makanan yang akan datang, kita yakin dapat menghasilkan 300 jenis resepi sebelum akhir tahun ini.

Parameswaran juga memaklumkan, Datin’s Kitchen turut menyediakan penghantaran terus kepada pelanggan yang membuat pembelian makanan melalui laman sesawang dan juga menerusi aplikasi telefon bimbit mymalaysiafood.com.

Harga makanan bermula RM4.50 hingga RM8.00 dan minima dengan pembelian lima unit makanan bagi satu tempahan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman Facebook Mymalaysianfood.com./SayangSabah

Sajian tradisi, Linopot, Hinava dan ikan masin.-Gambar Oleh Azman

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan