Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DATIN SERI JOAN MALUDA, ISTERI DATUK DR MAXIMUS ONGKILI, MENINGGAL DUNIA

Datin Seri Joan Maluda. Gambar SNT/Ehsan Keluarga Datuk Dr Maximus Ongkili

KOTA KINABALU: Datin Seri Joan Maluda, isteri kepada Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, meninggal dunia hari ini.

Joan, 63 menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 petang dengan ahli keluarga di sisinya di kediaman mereka di Kampung Kolopis, Penampang akibat penyakit severe rheumatoid arthritis telah lama beliau hidapi.

Dr Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, orang ramai boleh datang memberi penghormatan terakhir semasa upacara doa pengkebumian di Gereja SIB, Likas pada Ahad ini jam 1 petang.

“Bagi pihak keluarga saya, saya amat berterimakasih atas semua ucapan takziah dan doa. Beliau merupakan seorang isteri yang penyayang dan ibu terbaik. Beliau akan amat dirindui,” katanya.

Mendiang merupakan antara kumpulan mahasiswa pertama dari Sabah keluaran kampus YS-ITM Sabah pada tahun 1975.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu seorang peguam merangkap pastor, Rachel Jane dan Jordan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan