Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Datanglah ambil…’

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu meniliti kek di kaunter. Gambar kecil, Wang. Foto News.ifeng.com

 

Beijing: Seorang pemilik bakeri yang baik hati menawarkan kek percuma kepada seorang lelaki yang menceroboh masuk kedainya kerana percaya ‘pencuri’ berkenaan terdesak dan tidak mampu membelinya, lapor media tempatan.

Wanita yang cuma dikenali sebagai Wang itu berkata, dia pada mulanya membuat laporan polis selepas mendapati kedainya dipecah masuk, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dia menarik balik laporan itu selepas rakaman kamera keselamatan menunjukkan tiada apa-apa diambil, lapor Jiangsu Television.

Rakaman menunjukkan lelaki berusia 30-an itu memasuki kedai berkenaan di Nanjing pada petang Rabu minggu lalu sebelum terus pergi ke kaunter pameran kek.

Menurut South China Morning Post, dia melihat empat kek yang dipamerkan sebelum dia mengambil satu, namun kemudian sedar ia bukan kek sebenar.

Lelaki itu kemudian menyimpan semula ‘kek’ berkenaan dan meninggalkan premis itu.

“Bukannya dia mahu mencuri wang, sebaliknya mungkin cuma mahukan kek. Saya rasa keluarganya terlalu miskin dan dia tidak mampu membelinya.

“Kalau anda benar-benar perlukan kek hari jadi untuk anak kamu, beritahu saja kami. Datang atau telefon saja, kami sedia memberikannya percuma.

“Semua orang melalui kesusahan, namun kadangkala sukar meminta bantuan,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan