Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Datang tanpa izin, 41 orang ditangkap

Pati
Sebahagian daripada warga asing yang ditangkap

KOTA KINABALU: Seramai 41 orang warga asing dan lima yang lain ditangkap kerana didapati positif dadah dalam Operasi Pendatang Tanpa Izin Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pagi tadi.

Operasi yang berlansung selama tujuh jam bermula pada jam 2.00 pagi itu melibatkan tiga lokasi kawasan setinggan di sekitar Karambunai, Alamesra,Sembulan dan Karamunsing dengan kekuatan tiga pegawai dan 138 anggota.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, Operasi Bersepadu ini dibuat di lokasi yang mempunyai potensi menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial di daerah ini.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk didokumentasi dan seterusnya dibawa ke Lokap Berpusat untuk siasatan di bawah Sek.6(1) Akta Imigresen 1963 dan sek.15 Akta Dadah Berbahaya,”katanya.

Tambah beliau rumah di kawasan setinggan itu juga telah ditanda oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi tujuan perobohan dalam masa terdekat. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan