Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dasar dan polisi belia perlu releven dengan kehendak generasi muda

Pelatih CCRR yang dalam majlis penyampaian sijil tamat latihan program jangka pendek 2015, di Papar. - foto Jimmy Tan
Pelatih CCRR yang dalam majlis penyampaian sijil tamat latihan program jangka pendek 2015, di Papar. – foto Jimmy Tan

PAPAR – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukan sejumlah RM145,000 kepada Sabah bagi membuat kajian dan bancian tentang perkara yang berhubung kait dengan belia.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kajian itu turut merangkumi aktiviti sosial belia, sara hidup dan apa yang diminati belia dengan pembabitan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

“Tujuan kita ialah apabila kementerian membuat dasar dan polisi tentang pembangunan belia, maka indeks belia ini akan menjadi rujukan untuk kita.

“Hari ini apabila kita membuat dasar atas kemahuan kita sendiri tetapi kita tidak tahu realitinya apakah  dasar itu releven dengan keperluan generasi muda di akar umbi dan dan ia hanya boleh kita ketahui apabila bancian dibuat.

“Sebagai contoh penembusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kawasan tertentu apakah  belia berpuas hati,” katanya kepada pemberita dalam majlis penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Jangka Pendek 2015: Kursus Seni Kreatif Jahitan dan Memasak di Pusat Rehabilitasi Cure & Cara Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Mengenai program tersebut, Tawfiq berkata, sambutan daripada pelatih amat menggalakkan dan mereka fokus terhadap latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar terdiri daripada pegawai dan kakitangan CCRC.

“Saya yakin mereka ini akan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Mereka sudah pasti akan membuat perubahan dalam kehidupan dengan kemahiran dan hasil didikan pemulihan yang mereka dapati semasa di sini.

“Kita amat memerlukan generasi muda memahami matlamat kehidupana mereka dan juga mehami peranan dan tanggungjawab untuk memainkan peranan menyumbang ke arah menyumbang kemakmuran negera,” ujarnya. –oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan