Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dasar 90 peratus guru anak Sabah capai 82 peratus

5:46pm 25/07/2016 Leolerry Lajius 772 views Pendidikan,Tempatan
Barisan guru baharu yang hadir sempena majlis berkenaan.

Barisan guru baharu yang hadir sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Matlamat Dasar 90:10 penempatan guru di negeri ini diharap akan dapat menyelesaikan isu pertukaran penempatan tempat bertugas.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Hajah Maimunah Haji Suhaibul berkata, dengan dasar ini majoriti guru-guru anak jati negeri ini akan ditempatkan di negeri ini yang sekaligus diharap akan dapat menyelesaikan isu pertukaran tempat mengajar.

“Pelaksanaan dasar ini juga merupakan salah satu platfrom bagi meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di negeri ini kerana guru-guru yang telah lama mengajar dan berpengalaman dalam pengajaran akan dapat dikekalkan untuk terus berkhidmat di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Taklimat Penempatan Guru Baharu Sekolah Rendah dan Guru Interim Sekolah Menengah yang melibat seramai 377 guru sekolah rendah dan 34 orang guru interim, di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru agar guru baharu sentiasa mengamalkan Etika Profesion Perguruan dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan serta Perintah Am.

Dengan kemasukan guru baharu ini, guru-guru sekolah rendah anak tempatan di negeri ini telah mencapai 82 peratus.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Maimunah menyampaikan surat pengesahan penempatan kepada salah seorang guru baharu sempena majlis berkenaan.

Maimunah menyampaikan surat pengesahan penempatan kepada salah seorang guru baharu sempena majlis berkenaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan