Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Darth Vader’ bunuh pelajar, guru

9:20am 10/03/2016 Pak Roshan 8 views Global
RAKAMAN CCTV menunjukkan tertuduh berpakaian seperti Darth Vader berjalan di koridor sekolah.

RAKAMAN CCTV menunjukkan tertuduh berpakaian seperti Darth Vader berjalan di koridor sekolah.

Gothenburg (Sweden):Rakaman CCTV mendebarkan menunjukkan lelaki berpakaian seperti Darth Vader berkeliaran di koridor sekolah sebelum memenggal seorang pelajar dan dua guru.

Anton Lundin-Petterson, 21, dilihat berjalan di sekitar koridor di sekolah di Trolhanttan, berhampiran Gothenburg, Sweden, sambil membawa pedang dan memakai topi keledar Nazi.

Menurut laporan The Sun, selepas merakam gambar dengan pelajar yang menyangkanya sekadar gurauan sempena Halloween, Lundin-Petterson menyerang seorang pelajar dan dua guru sebelum ditembak mati oleh polis.

Rakaman video itu disiarkan sebagai bukti dalam serangan yang dilakukan pada Oktober lalu.

Ia menunjukkan Lundin-Petterson berjalan perlahan-lahan sepanjang koridor sekolah dengan memegang pedang serta berpakaian serba hitam.

Polis mendedahkan pembunuh itu merancang serangan itu lebih awal, termasuk memotong rambut dan memakai solekan ‘punk’ sebelum mengenakan topeng.

Dia juga membeli topi keledar tentera Nazi Perang Dunia Kedua terpakai dan replika pedang besar secara atas talian berharga £275 (RM1,608), yang kedua-duanya digunakan ketika serangan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan