Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Daripada `cukup makan’ kepada ribuan ringgit

Latika (dua dari kiri) bersama tiga lagi usahawan wanita contoh di majlis mempamerkan buku 'Zero To Hero', Rahsia Sebuah Kejayaan 1Azam' yang memaparkan gambar serta cerita kejayaan mereka. - foto Aryan De Vera
Latika (dua dari kiri) bersama tiga lagi usahawan wanita contoh di majlis mempamerkan buku ‘Zero To Hero’, Rahsia Sebuah Kejayaan 1Azam’ yang memaparkan gambar serta cerita kejayaan mereka. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Siapa sangka wanita pertengahan usia yang sebelumnya hanya meraih pendapatan ‘cukup makan’ hasil menjual kuih-muih di Pasar Tamu, kini mampu menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit setiap bulan.

Hakikatnya, sebelum ini, Latika Arim, 53, yang dikategorikan sebagai golongan miskin tegar telah berjaya meletakkan namanya setanding dengan usahawan contoh lainnya di negeri ini dan kejayaan wanita berasal dari Kampung Lasak, Kuala Penyu itu direkodkannya dalam buku bertajuk From Zero To Hero dan Rahsia Kejayaan 1Azam,

Menceritakan pengalamannya, ibu kepada tujuh orang anak ini berkata, semuanya bermula semasa beliau menyertai Program 1Azam lima tahun lalu semata-mata mahu mendapatkan bantuan untuk mengembangkan perniagaannya.

“Menerusi program ini, saya bersama peserta lainnya telah diberi tunjuk ajar mengenai cara pembuatan kuih dengan betul, termasuk aspek pengurusan perniagaan supaya mampu berkembang maju. Sebaik tamat kursus, saya diberi bantuan sebuah mesin pengadun tepung bagi memudahkan lagi proses pembikinan kuih yang sebelum ini hanya menggunakan tenaga empat kerat kami.

“Hasilnya, kami mampu menghasilkan lebih banyak kuih-muih untuk dijual, malah dapat memenuhi semua tempahan daripada pelanggan yang sebelum ini tidak dapat ditunaikan ekoran ketiadaan mesin pengadun,” katanya ketika ditemui dalam majlis meraikan usahawan wanita oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun, di sini hari ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan