Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dari KK ke Lawas

KERETA suspek yang ditukar nombor pendaftarannya.
KERETA suspek yang ditukar nombor pendaftarannya.

Lawas: Seorang lelaki sanggup melarikan Honda Accord miliknya dari Luyang, Kota Kinabalu sejauh 186 kilometer ke daerah ini semata-mata mahu mengelak kereta berkenaan disita bank akibat kegagalannya menjelaskan ansuran bulanan kenderaan itu sejak berbulan lalu.

Bagi mengelak ia dikesan, lelaki berusia 28 tahun itu menukar nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Ketika ditahan, lelaki terbabit terkejut kerana helahnya menukar nombor pendaftaran digagalkan polis.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di pekan Trusan di sini, kelmarin.

“Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kereta berkenaan palsu. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana memandu kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Siasatan lanjut mendapati suspek menukar nombor pendaftaran kereta berkenaan kerana mahu mengelak daripada dikesan bank,” katanya. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan