Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dapatkan pemeriksaan segera jika berlaku tanda serangan strok

6:06pm 28/11/2015 Ann Vivien 238 views Isu Semasa,Tempatan
HAMISA (duduk) menjalani pemeriksaan tekanan darah yang turut diadakan sempena kempen tersebut hari ini.

HAMISA (duduk) menjalani pemeriksaan tekanan darah yang turut diadakan sempena kempen tersebut hari ini.

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat menyeru masyarakat agar segera ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan sekiranya berlaku tanda-tanda serangan strok.

“Jangan ada istilah tunggu sebentar apabila dikesan amaran awal itu kerana sikap melengah-lengahkan sebenarnya membawa kesan lebih buruk,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Kesedaran Strok Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2015 di sini hari ini.

Menurutnya, ketika ini strok adalah penyebab ketiga kematian di kebanyakan negara dan purata serangan strok di Malaysia adalah satu daripada enam orang.

Katanya, pesakit yang diserang akan mengalami lumpuh pada bahagian badan dan kebanyakkan pesakit pula cenderung mempercayai bomoh dan sinseh daripada rawatan amalan klinikal yang berlandaskan bukti penyelidikan di hospital.

“Ini yang menjadi cabaran besar kepada para doktor dan lebih membimbangkan ialah kesan kecacatan akibat strok yang memberi implikasi besar terhadap aspek sosio-ekonomi dan psikologi bukan hanya kepada pesakit sendiri,malah kepada keluarganya, masyarakat dan negara,” katanya.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan