Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dapatkan nasihat profesional dahulu sebelum lakukan pengubatan sendiri

kesihatan

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak mengamalkan pengubatan sendiri, tanpa mendapat nasihat atau pengawasan sewajarnya daripada profesional.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata pesakit atau individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit serta ubat-ubatan masing-masing sebelum berbuat demikian.

Katanya ini kerana sesetengah pengubatan boleh mengakibatkan komplikasi atau memberi kesan sampingan dan seterusnya membawa masalah kepada organ dalam jangka masa panjang.

“Malah, walaupun anda mempunyai kefahaman asas tentang penyakit yang dialami, nasihat atau pengawasan doktor tetap diperlukan.

Sekiranya anda terusmelakukannya tanpa benar-benar faham tentang penyakit dan pengubatan terbabit, ia sangat berbahaya,” katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Noor Hisham mengingatkan orang ramai bahawa pengendalian sendiri pengubatan yang mungkin kelihatan mudah, sebenarnya boleh mengakibatkan komplikasi serius, termasuk kegagalan otak.

Beliau berkata pengubatan sendiri berbeza daripada membeli ubat yang ditentukan daripada doktor atau farmasi.

“Pengubatan sendiri bererti tidak terdapat langsung perundingan, seseorang itu hanya membuat pesanan melalui Internet dan menggunakan ubat berkenaan. Seseorang itu boleh mengalami masalah kegagalan hati, buah pinggang dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata perkara paling dibimbangi ialah lama kelamaan seseorang itu akan menanggung penderitaan lebih serius akibat tindakannya itu.

Komen


Berita Berkaitan