Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dapat ampun sebelum dipancung

POLIS mengawal tempat hukuman pancung itu sepatutnya dijalankan.
POLIS mengawal tempat hukuman pancung itu sepatutnya dijalankan.

Riyadh: Seorang lelaki yang dihukum mati kerana membunuh terselamat sejurus sebelum menjalani hukuman pancung di tempat awam selepas keluarga mangsanya memaafkannya.

Zonaifar Al-Merri, warga tempatan, dibawa ke dataran di Jubail, bandar di timur Saudi dengan kawalan ketat dan dalam keadaan matanya ditutup untuk menjalani hukuman berkenaan.

“Ketika tukang pancung bersiap sedia untuk melaksanakan hukuman itu, abang mangsa mengumumkan dia memaafkan lelaki itu selepas berbincang dengan ibunya, yang turut hadir di dataran itu,” lapor akhbar Alriyadh.

Menurut undang-undang syariah yang diamalkan di Arab Saudi, mereka yang didapati bersalah kerana membunuh boleh dibebaskan jika dimaafkan keluarga mangsa sebagai ganti kepada wang darah yang dibenarkan ditetapkan keluarga mangsa. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan