Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DAP `mimpi disiang hari’: Salleh

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said.
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said.

KOTA KINABALU – Krisis yang berlaku dalam gabungan Pakatan Rakyat memang telah dijangka ekoran ketiga-tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP dilihat tidak lagi `sebulu’ selain mempunyai ideologi berbeza.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Salleh Said menegaskan, beliau tidak terkejut dengan pergolakan terkini yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sehingga membawa kepada penolakan DAP terhadap PAS.

“Sejak dahulu lagi mereka dalam Pakatan tidak selari perjuangan mereka dan udah tentulah perkara seperti ini akan berlaku dan suatu hari kelak kita tidak hairan juga kalau PKR beprisah dengan DAP kerana ketiga parti ini mempunyai ideologi berbeza.

“Mereka hanya sekadar berebut jawatan semata-mata bukannya berkhidmat kepada mayarakat dan saya harap rakyat Sabah dapat menilai matlamat perjuangan Pakatan Rakyat apabila mereka bukanlah berniat untuk membangunkan Sabah tetapi sekadar untuk mementingkan diri mereka sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pakatan Rakyat (PR) Sabah memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS Sabah setelah tidak bertuju dengan usaha PAS melaksana hukuman Hudud.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan menjelaskan, sama ada PR bergabung atau tidak, ia tidak menjadi isu kepada Barisan Nasional (BN) Sabah kerana terbukti majoriti rakyat bersama BN dalam beberapa pilihan raya umum terdahulu.

“Ini kerana kita ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Tetapi sebaliknya, PKR dan DAP tidak seiring perjuangan mereka, PKR kadang kala bersama DAP, kadang kala PAS… akhirnya ini tidak menjamin masa depan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Ditanya mengenai cadangan DAP mewujudkan `Kerajaan Perpaduan’, Salleh berkata, parti itu hanya mimpi disiang hari dan ia merupakan agenda DAP untuk melaga-lagakan pemimpin di Sabah.

“Perkara itu tidak berbangkit di Sabah. BN negeri bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan tugas kita adalah untuk menentukan kestabilan politik di Sabah supaya kita boleh meneruskan agenda pembangunan negeri,” katanya lagi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan