Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DAP Cawangan Pantai Sepang Putra Bubar, 25 Sertai PAP

6:00pm 16/01/2016 Pak Roshan 49 views Mutakhir,Politik

dap

SEPANG – DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25 anggota cawangan itu mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Bekas setiausaha cawangan terbabit, N. Thanaletchumi berkata keputusan itu dibuat selepas semua anggota cawangan tersebut hilang kepercayaan kepada parti ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Kami anggota DAP cawangan Pantai Sepang Putra sebulat suara mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa hari ini, katanya pada sidang media di sini.

Beliau mendakwa, pemimpin DAP hanya datang bertemu mereka ketika memerlukan sokongan pada pilihan raya umum dan semasa pemilihan parti.

Menurut Thanaletchumi beliau sudah menghantar surat mengisytiharkan keluar DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), semalam.

Beliau kemudiannya mengetuai bekas anggota parti itu menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP), sebuah parti serpihan DAP dengan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung parti, David Dass.

Pada majlis itu, selain membacakan ikrar menentang DAP, mereka turut menggunting dan mematahkan kad keanggotaan serta baju DAP masing-masing sebagai simbolik mereka sudah tidak bersama parti berkenaan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan