Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Danyal jamin aksi buruk tak berulang

danyal

Kuala Lumpur: Persembahan ‘suam-suam kuku’ kontinjen negara di temasya Sukan Komanwel Glasgow menyebabkan Chef de Mission (CDM) Datuk Danyal Balagopal (gambar) memberi jaminan episod memalukan di bumi Scotland itu tidak akan berulang di Sukan Asia Incheon dari 19 September hingga 4 Oktober ini.

Justeru Danyal menegaskan pemilihan atlet dan pasukan yang akan dihantar kali ini yang terbaik berdasarkan prestasi semasa dan bukannya hadir sekadar mencari pendedahan atau melengkapkan penyertaan semata-mata.

“Nama-nama atlet yang akan bertanding sudah diserahkan kepada saya, namun jika ada sebarang perubahan, persatuan terbabit perlu melakukannya sebelum 21 Ogos ini kerana pada tarikh itu undian bagi semua acara individu mahupun berpasukan akan dilakukan.

“Selain itu, saya masih tidak boleh menyatakan sasaran pingat waktu ini kerana selepas ini akan ada Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang membabitkan MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan agensi berkaitan untuk duduk berbincang mengenai perkara ini.

“Jika kita rasa tidak realistik kita akan ubah kerana kita juga tahu mengenai prestasi semasa atlet negara. Lagipun, kita tidak mahu mendedahkan sasaran terlalu awal kerana kita enggan memberi tekanan kepada atlet. Mungkin pada 11 September nanti, Menteri Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) akan umumkan sasaran pingat buat kontinjen.

“Suka saya ingatkan di sini, kehadiran atlet kita ke sana berdasarkan prestasi semasa dan bukannya kerana ingin memperbaharui rekod kutipan pingat pada edisi lalu saja,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan di Pejabat Majlis Olimpik Malaysia semalam.

Dalam mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz itu, kontijen negara akan menjalani kem latihan pusat di IOI Palm Garden di Putrajaya, pada 8 hingga 12 September ini.

Komen


Berita Berkaitan