Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Dancing Man’ Yang Dihina Kerana Gemuk, Dapat Perhatian Selebriti

dancing man

Los Angeles – Selepas dimalukan dan dibuli dalam media sosial kerana menari dalam satu konsert, seorang lelaki yang gemuk, Sean, akhirnya mendapat berita gembira.

Rupa-rupanya ramai yang tersentuh dan kasihan dengan penghinaan yang diterimanya termasuk selebriti seperti Pharrell Williams, Moby dan Andrew W.K.

Selebriti terbabit memberikan pengesahan akan menghiburkan Sean, yang digelar Dancing Man dalam satu parti yang bakal dihadiri oleh 1,700 wanita cantik yang simpati dengannya.

Sean menjadi terkenal selepas gambarnya menari telah dirakamkan dan kemudian dimuat naik dalam twitter dengan kata-kata penghinaan

“Kelihatan spesimen ini cuba menari minggu lalu. Dia berhenti (menari) apabila melihat kami ketawa,’’ demikian tulisan berserta gambar yang dimuatnaik dalam twitter yang turut memperlihatkan Sean menunduk kepala tanda malu dan rendah diri.

Selepas melihat twitter berkenaan, seorang wanita, Cassandra Fairbanks berusaha mengesan Sean dan dengan bantuan The Free Thought Project, dalam masa beberapa jam, dia dikesan menetap di London.

Cassandra kemudiannya menghantar mesej twitter bahawa Dancing Man telah ditemui dan tidak lama kemudian lebih 2,000 wanita menjemput Sean ke satu parti terbesar di Los Angeles, dengan hanya dia menjadi tetamu lelaki di situ.

Pada masa sama, Pharrel kemudiannya membalas tweet Cassandra dan meminta wanita itu memberikan maklumat terkini mengenai parti anjuran mereka dan turut memberi kata semangat kepada Sean supaya tidak malu dengan dirinya.

Sentimen sama turut disuarakan oleh DJ terkenal, Moby atau Richard Melville Hall yang menawarkan perkhidmatan percuma pada parti itu kelak.- MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan