Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dan Mata Isteriku Hanya Untukku

11:25am 15/05/2016 Zakir Sayang Sabah 132 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Raya hari tu, ada jumpa dengan kawan lama. Dia tanyalah aku dah kahwin ke belum. Aku jawab, masih belum. Dia ceritakan pula, dia dah bercerai. Menduda.

Cepat masa berlalu. Dia bercerita,

“Hidup berdua tak seindah yang aku impikan. Memang, aku akui aku bahagia di awal perkahwinan. Tapi, bahagia pun rupanya ada turun naik, ada pasang surut macam air laut.

Rasa bahagia tu sangat tinggi di awalnya. Kemudian, mulai berkurang sedikit demi sedikit. Nak kekalkan kuantiti bahagia supaya sentiasa maintain seperti di awal perkahwinan, memang mustahil.

Dugaan masa bertunang dulu, aku selalu nampak orang lain lebih cantik dari bakal isteri aku. Tapi, aku berjaya harungi tu.

Berjaya sampai akad nikah. Tambah-tambah, aku suka tengok instagram, facebook, macam-macam style dan ragam wanita-wanita yang lebih cantik dari bakal isteri aku masa tu. Susahnya nak jaga mata.

Kau pun lelaki. Kau faham, kan?

Bila dah masuk alam perkahwinan, mata yang selalu lihat perempuan-perempuan cantik ini macam memberontak. Mata ini tidak dididik supaya tunduk sebelum perkahwinan, maka selepas bernikah jangan sangka ianya mudah secara drastik.

Namun, memang ada kurangnya sikit. Sebab hikmah dari perkahwinan, memang salah satunya boleh menundukkan sikit pandangan.

Isteri aku memang cantik. Tapi, masalahnya pada mata aku ni. Ibaratnya, macam kereta baru yang fresh keluar kilang dan media, memukau seh. Tak puas pandang. Berkali-kali pandang.

Tapi, bila dah beli. Dah pakai. Tarikannya berkurang. Menawan di mata orang lain yang memandangnya pula. Tapi, di mata sendiri tiada apa yang istimewanya lagi. Biasa-biasa saja.

Itulah bahayanya mata yang tidak terdidik.

Kau sebelum kahwin, kau didiklah mata sendiri. Bisik pada hati, tempik pada nafsu,

“Aku cuma nak tengok, nak pandang, nak renung, nak perhati pada yang halal bagiku. Tuhan, tolong jangan buat mataku jemu memandang isteriku.”

Akhirnya, kerana mata yang gagal aku didik inilah, menjadi punca perceraian. Aku yang bersalah. Aku juga yang menyesal akhirnya. Aku juga yang akhirnya jadi gila talak. Merayu bekas isteri, namun bila dah patah hati, dah tawar hati, sejuta maaf pun dah tak guna beb.

Syaitan akan berusaha tutupkan pandangan indah kau pada isteri. Kau akan tak nampak lagi kecantikan dan kejelitaan isteri kau. Kau akan rasa jemu. Nafsu membantu mengeruhkan lagi keadaan kau.

Kau tahu, pandanganku terhijab masa tu. Aku nampak perempuan lain lagi jelita. Walhal, orang lain nampak isteriku lebih jelita dari perempuan yang aku tengok cantik tu.

Aku tak bersyukur pada Allah yang telah menganugerahkan aku isteri yang normal dan ada rupa sejuk mata memandang. Bila aku tak bersyukur, syaitanlah yang berdekah berada di tabir mataku.

Bila dah berpisah, kau tahu tak, aku nampak bekas isteri aku paling menawan. Tapi sayang, tangan yang kau dah lepaskan, takkan mampu kau gapainya kembali lagi.”

Aku siyes termenung panjang. Luahannya menikam jiwa ini. Menteri buat lawak bodoh hambar dalam tv pun tak mampu menikam jiwaku sedalam ini.

Moga mataku untuk isteriku dan mata isteriku hanya untukku.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Muhammad Rusydi)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan