Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Dalang’ mati

11:37am 20/11/2015 Pak Roshan 22 views Global
TENTERA Perancis meronda Champs-Elysees selepas pasar Krismas Paris dibuka semula, semalam.

TENTERA Perancis meronda Champs-Elysees selepas pasar Krismas Paris dibuka semula, semalam.

Paris: Seorang pengganas kumpulan Negara Islam (IS) yang dipercayai dalang serangan berdarah di ibu kota ini pada minggu lalu disahkan terbunuh dalam satu serbuan polis, kata pendakwa raya semalam.

Abdelhamid Abaaoud disahkan terbunuh dalam serangan pasukan elit polis di sebuah apartmen di utara Paris kelmarin.

Analisis cap jari mengesahkan mayat lelaki warga Belgium itu ditemui dalam sisa runtuhan bangunan selepas polis melepaskan tembakan dan bom tangan ketika operasi selama tujuh jam berkenaan.

“Abdelhamid secara rasmi dikenal pasti antara yang terbunuh dalam serbuan berkenaan,” kata pejabat pendakwa raya Paris dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Manuel Valls berkata, beliau menyambut baik kematian ‘antara perancang’ serangan di Paris itu.

Pendakwa raya Francois Molins kelmarin memberitahu, serbuan di Saint-Denis berjaya menghalang satu pasukan baru pengganas yang bersedia melancarkan serangan serupa di Paris.

Sekurang-kurangnya dua mayat ditemui selepas serbuan itu termasuk seorang wanita yang dipercayai meletupkan dirinya sendiri.

Perancis masih berkabung akibat beberapa siri serangan di Paris pada lewat Jumaat lalu yang menyebabkan seramai 129 maut.

Valls memberi amaran Perancis masih berdepan bahaya ketika ahli Parlimen semalam mengundi satu pakej keselamatan luar biasa untuk melanjutkan darurat selama tiga bulan.

“Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Wujud risiko serangan senjata kimia atau biologi,” tegasnya.

Keputusan undian itu bermakna keadaan darurat akan berkuat kuasa di bandar raya berkenaan untuk tiga bulan bermula 26 November.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan